Saturday, October 27, 2007

Monday, October 22, 2007

BAHAYA KERACUNAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM MASA KINI

PENDAHULUAN

Keracunan makanan memberikan gejala-gejala tertentu kepada penghidapnya hasil dari tindakbalas makanan beracun di dalam perut.

•Begitulah juga nisbahnya kepada mereka yang terkena racun fikirannya, meninggalkan gejala-gejala tertentu kepada pengidapnya hasil adunan racun-racun pemikiran yang terlonggok di dalam akal fikiran seseorang.
•Keracunan fikiran ini lebih berbahaya dari keracunan makanan kerana bila akal fikiran manusia diracuni, seluruh kegiatan hidup manusia tidak akan betul lantaran kewarasan fikiran adalah pra syarat baiknya amalan seseorang itu.

•Kaum muslimin yang benar memiliki pemikiran dan akidah yang kukuh lagi sempurna kerana ianya diasaskan di atas pertunjuk wahyu Ilahi. Pemikiran dan pegangan yang kukuh ini dapat menjadi penyelesaian kepada berbagai masalah kehidupan kerana ia memiliki kekuatan dalaman lagi bersifat kerohanian.
•Seorang Muslim beriman dengan asas-asas kerohanian untuk menyelesaikan masalah hidup. Inilah yang dinamakan sebagai akidah yang benar dan sanggup bersedia untuk mengorbankan jiwa raganya di atas jalan menegakkan akidah keimanan.


•Demikian corak pemikiran yang wujud dalam generasi umat Islam yang beriman di sepanjang zaman. Malangnya bilamana minda mereka telah dicemari oleh 'racun-racun' Yahudi dan Nasrani; pemikiran beracun ini telah meninggalkan kesan yang mendalam ke atas umat Islam.
•Benarlah ungkapan al-Syahid Murtada al-Muttahari yang memetik ungkapan Muhammad Iqbal al-Lahori sebagai berkata:

•"Sebenarnya syiar peradaban moden menjadi fitnah dan godaan kepada kehidupan bani Adam. Ia bukan sesuatu yang terlalu agung, tetapi sebenarnya ia lahir dari benih-benih Yahudi pintar dengan memerangi cahaya kebenaran yang cuba menembusi dada bani Adam.
•Walaupun cahaya peradaban hasil pemikiran barat itu bersinar cemerlang, namun tidak sama dan jauh berbeza dari pembawaan para Nabi dan pertunjuk Ilahi. Meskipun kelihatannya ilmu pengetahuan berkembang dan kilang-kilang maju di Eropah, namun kegelapan memenuhi kehidupan mereka.

•Ilmu pengetahuan, hikmah, politik dan pemerintahan yang berjalan di Eropah tidak lain dari ketandusan dan kekosongan. Perkembangan itu mengorbankan darah rakyat dan jauh sekali dari mengenal erti persamaan, kemanusiaan dan keadilan masyarakat.
•Apa yang ada ialah kemungkaran, minum arak dan kemiskinan di sana sini. Inilah akibat yang menimpa umat manusia yang tidak tunduk kepada undang-undang samawi ciptaan Ilahi.

•Inilah bandar-bandar yang hanya berbangga dengan cahaya elektrik dan teknologi moden.
•Inilah corak bandar-bandar yang dikuasai oleh alat-alat dan industri yang telah memusnahkan hati-hati manusia dan membunuh erti kasih sayang, kesetiaan dan makna kemanusiaan yang mulia".

•Generasi yang hidup membesar dalam suasana pendidikan ini tiada mengenal sama sekali erti penghormatan kepada perasaan sesama insan dan bahkan telah mengucapkan 'sayonara' kepada mereka.
• Mereka hidup dalam suasana mengutamakan kepentingan serta kehendak sendiri dan semacam memaksa orang lain mengikut kehendak cita-rasa mereka, sedang mereka benar-benar mengetahui bahawa setiap manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza dalam kehendak dan fizikal.

•Generasi yang terbudaya dalam hidupnya dengan konsep pemikiran yang asing dari Islam itu pastinya bertindak mempraktikkan konsep pemaksaan, perhambaan dan penindasan kepada kemanusiaan.
•Hidup manusia yang dimerdekakan dan berkehendak bebas sebagai hamba Allah telah terpaksa tunduk kepada kehendak sesama manusia yang terang nyata bertentangan dengan prinsip kemanusiaan sejagat yang ditetapkan Ilahi.

•Sesungguhnya pemikiran yang benar menurut Islam bertolak dari syariat Allah sebagai kebenaran yang mutlak, dengannya diaturkan manusia dengan hukum-hakam-Nya dalam hubungan yang bersifat umum dan juga khusus samada dalam kehidupan peribadi maupun dengan manusia yang lain.
•Kebenaran peraturan itulah yang meresap kefahaman dalam pemikiran seseorang untuk nantinya berpindah kepada nilaian bersifat kerohanian atau akhlak yang diamalkan.

•Ini adalah kerana Dialah yang mencipta manusia, Dialah yang memilikinya sedang manusia itu tidak memiliki dirinya sendiri.
• Dialah yang mengetahui apa yang membawa kebaikan kepada manusia dan kerosakan kepada manusia melebihi dari apa yang diketahui oleh manusia terhadap dirinya sendiri dan Dialah juga yang mengetahui peranan yang manusia itu wajib tegakkan atau yang wajib manusia itu hindari darinya.

MERACUNI PEMIKIRAN KAEDAH DAN STRATEGI
•Bagi memahami bagaimana kaedah dan strategi yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam dalam merobah minda umat Islam, marilah kita perhatikan kepada tamsilan yang diberikan oleh Prof. Dr. Abdul Rahman Habannakah al-Maydani [dengan sedikit ubah-suai] seperti berikut:

•"Seekor serangga parasit telah hinggap pada sebatang pokok yang sedang berkembang bunganya. Setelah agak lama beristirehat di situ serangga tersebut terbang pergi. Pemilik kebun tersebut tidak mensyakki apa-apa berlaku kepada pokok buah-buahan yang ditanamnya.
•Apabila bunga tadi telah bertukar menjadi buah, kelihatanlah kesegarannya. Dan alangkah gembiranya si Pemilik kebun itu melihat hasil tanamannya yang subur.

•Tiba waktu memetiknya, buah-buah tadi dikumpulkan di dalam sebuah bekas, lalu datanglah penilai mutu yang berpengalaman bagi menilai mutu atau gred buah-buahan tadi. Beliau mengeleng-gelengkan kepalanya dengan penuh tanda kesal. Di tanya oleh pemilik kebun itu mengapa?.
•"Usaha kamu selama ini sia-sia". Ujarnya pendek. "Kemari! dan lihatlah", sambil mengupas buah tersebut, di dapati di dalamnya kosong dan dipenuhi ulat-ulat. Buah yang kulit luarnya begitu elok sebenarnya menjadi sarang berpestanya ulat-ulat!

•Berfikirlah si Petani itu, bilakah pohon tanamannya diserang ulat. Lalu fikirannya tersangkut kepada peristiwa satu ketika dahulu pernah serangga parasit singgah di kebunnya, walaupun sebentar dan ia sendiri lalai mengawasinya.
•Serangga itu pergi tetapi telah meninggalkan telur-telurnya pada bunga yang sedang kembang itu, sehingga akhirnya bertukar menjadi larva dan hidup membesar bersama di dalam buah tersebut.

•Buahnya yang segar, tumbuh dengan lebat, tetapi pemiliknya lalai, tidak mengawasi dan memeliharanya dengan baik, sehingga kedatangan ulat tanpa pengetahuannya. Ulat tersebut bersembunyi di bahagian dalam, tidak ada yang mengetahuinya.
•Ulat-ulat tersebut beraksi di tempat yang terlindung dari Matahari.

•Digerogotinya terus buah itu untuk membuat jalan bagi dirinya, sambil memakan buah tadi sambil merayap masuk hingga sampai ke inti buah.
•Ia menuju pada sasaran dan didapatkannya makanan yang lazat lalu dimakannya apa yang ada disekelilingnya, hingga habislah inti buah tadi, tinggallah kulitnya yang telah layu dan lantas gugurlah ia ke bumi.

•Sebahagian umat Islam sedang mengalami proses 'pengulatan' serangan kuffar perosak ini, lantas mereka mengalami sepertimana yang terjadi pada buah tadi; di makan ulat hingga tinggal kulitnya, sehingga orang-orang yang mengupasnya akan mendapati bahagian dalamnya kosong tidak ada sesuatu yang dapat dimakan kerana sudah dimakan ulat.
•Bahkan ulat itu membuang kekotoran najisnya di dalam buah itu lalu menghasilkan toksid beracun hingga merosakkannya sekaligus."

•Kedatangan penjajah yang suatu ketika dahulu pernah singgah di negara-negara umat Islam. Mereka tidak tinggal selamanya di negara-negara tersebut malahan sebentar sahaja, kemudian mereka kembali ke negaranya.
•Interaksi mereka dalam masyarakat Islam itu telah menelurkan larva-larva pemikiran yang hidup dalam masyarakat umat Islam, yang mana larva-larva ini telah menjadi ulat yang hidup dalam masyarakat Islam sehingga menjadi sebahagian daripadanya, sepertimana sebahagian daripada buah.

•Bila ulat-ulat ini meninggalkan kekotorannya di dalam 'kepala' umat Islam, ulat-ulat ini telah meratah zat-zat akidah, syariat dan akhlak Islam lalu memprosesnya menjadi kekotoran najis. Akibatnya tumbuh dan membesarlah segala itu dalam suasana bercampur baur dengan kekotoran tersebut.
•Tegasnya kedudukan umat Islam sebagai buah pada perkebunan yang subur, manakala serangga parasit yang pernah singgah padanya adalah para penjajah. Ulat-ulat perosak itu pula adalah ibarat dari peninggalan fikiran penjajah yang bersarang di dalam buah fikiran umat Islam sehingga ia mengosongkan intipati pemikiran Islam yang sebenar berteraskan akidah keimanan, yang ada hanyalah kekotorannya sahaja. Kekotoran tidak akan menghasilkan apa-apa kecuali kekotoran jua.

•Sebahagian besar masyarakat umat Islam sedang dan telah menghadapi proses ini, mereka menjadi seperti buah-buahan tadi, dimakan ulat hingga tinggal kulitnya.
•Mereka yang benar-benar memahami tabiat agama ini dan menganalisisnya akan mendapati bahagian dalamnya kosong tidak ada sesuatu yang dapat di makan kerana sudah di gerogoti ulat.

•Sebaliknya ia tidak disedari oleh mereka yang jahil terhadap agama ini. Tiada tinggal pada masyarakat Islam kecuali fahaman ketaksuban pada nama sahaja.
•Apalah ertinya sebuah nama jika isinya tidak sesuai dengan nama tersebut?.
•Kalau kita mengambil sepotong tembikar kemudian kita sepuh bahagian luarnya dengan warna emas dan kita sebut sebagai emas, dapatkah warna dan sebutan itu menjadikan tembikar tersebut sepotongan emas yang sesungguhnya?

•Alangkah banyaknya kaum muslimin yang tidak memiliki Islam kecuali labelnya sahaja, dan tidak beragama kecuali statusnya sahaja.
•Mereka memiliki darjat serendah ini lantaran sikap sambil lewa dan hasil terminumnya racun pemikiran musuh-musuh mereka, musuh agama mereka, musuh sejarah dan kehormatan harga diri mereka.

•Musuh-musuh mereka yang telah bekerja terus menerus untuk merobohkan sendi-sendi akidah Islam pada hati dan pemikiran kaum muslimin, sehingga tidak ada lagi penggerak serta ghirah.
•Hilang unsur yang mampu mengembalikan mereka kepada kejayaan Islam kerana mereka sesungguhnya telah berpaling dan tidak lagi mempraktikkan ajaran Islam.

CIRI-CIRI PEMIKIRAN BERACUN

1. Fikrah Madiyyah

•Dalam pemikiran Islam, aspek kebendaan dialatkan sebagai wasilah mencari keredaan Allah; sebagai jambatan yang disediakan untuk menuju akhirat.
•Ertinya pengurusan kebendaan hendaklah selaras dengan tujuan yang Allah telah tetapkan untuknya.

•Pemikiran barat yang kosong dari nilai kerohanian telah mengubah corak pemikiran ini dengan mematlamatkan kebendaan melalui sistem pendidikan yang ditaja oleh mereka di negeri-negeri umat Islam.
•Akhirnya wujudlah suatu corak fahaman yang disebut sebagai madiyyah [materialism].
•Konsep bendaisme ini menjalar bukan sahaja dalam soal-soal kehidupan fizikal malahan membawa kepada penolakan kepada soal-soal ghaib.

•Sesuatu itu tidak diterima kecuali dapat dicerapi oleh pancaindera, lantas kerana itu soal-soal keghaiban seperti Tuhan, dosa, pahala, barakah, rahmat serta seumpamanya tidak begitu bertapak dalam pemikiran mereka.
•Kalaupun ada hanya sekadar sambil lewa sahaja. Hakikat ini amat bertentangan dengan corak pemikiran yang dikemukakan oleh al-Quran dan Sunnah.

•Pemikiran kebendaan ialah menumpukan usaha untuk memenuhi keinginan diri atau tuntutan "aku" yang berligar di sekitar kenikmatan nafsu syahwat haiwani, kenikmatan pangkat, kedudukan, status dan kuasa.
•Ia adalah keinginan-keinginan yang tidak menjurus kepada usaha-usaha yang mendatangkan kebaikan dan kebajikan kepada orang lain.

•Pemikiran kebendaan ialah pandangan di sekitar kepentingan diri dan menganggap nilai kepentingan diri sebagai satu-satunya nilai-nilai tertinggi yang wajar diperjuangkan oleh manusia dalam seluruh kegiatan hidupnya.
•Pemikiran ini menolak semua nilai lain yang disifatkan sebagai nilai hidup yang tinggi seperti tolong menolong [al-ta`awun], kesetiaan pada waktu senang dan susah, mengasihi orang lain seperti mengasihi diri sendiri.

•Nilai-nilai ini dianggap sebagai khayal yang tidak sesuai dengan kenyataan. Keimanan dengan nilai-nilai ini akan mengakibatkan hancurnya kepentingan diri, kerana itu pejuang-pejuang kebendaan meletakkan iman kepada nilai hidup yang tinggi itu dalam lingkungan khayal dan menipu diri sendiri.
•Seorang 'bendawan' ialah mereka yang mengukur seluruh usaha dan kegiatan hidupnya ke arah mencari dan membenamkan dirinya dalam kenikmatan kebendaan yang tidak terbatas.

•"Orang-orang yang tidak beriman, mereka makan dan berseronok-seronok sepertimana binatang ternakan. Tempat mereka adalah neraka". [Muhammad 47: 12].
•Mereka memilih kenikmatan hidup sebagai satu-satunya matlamat kehidupan dunia mereka dan dengan rakusnya mereka memuaskan nafsu makan minum sama seperti binatang. Mereka merasakan dengan tercapainya tahap terebut sudah tercapailah kemuncak hidup mereka di dunia ini. Tidak lebih daripada itu.

•Mereka ini menghalangi perkembangan agama Allah dengan kekufuran dan kedegilan mereka. Mereka berusaha untuk menghapus dan memberi gambaran buruk kepada Islam
•"Kecelakaan yang besar kepada orang-orang kafir yang akan menerima siksaan yang besar, iaitu orang-orang yang memilih kehidupan dunia dari akhirat, dan menghalang orang lain dari jalan Allah serta berhasrat untuk memesungkan jalan Allah. Mereka berada dalam kesesatan yang jauh". [Ibrahim 14: 2-3].

•Ciri peribadi mereka tidak sekali-kali disembunyikan oleh wahyu. Bahkan didedahkan dengan sikap mereka yang menentang dan memusuhi kerohanian.
•Mereka terkenal dengan kebencian mendengar ajaran serta hukum-hukum yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah [seperti hudud, qisas serta takzir].
•Mereka menghendaki supaya hukum syariat al-Quran tidak dilaksanakan dan kalau boleh biarlah ia dilupakan orang sama sekali.

•"Apabila disebut nama Allah sahaja [di dalam doa dan sebagainya], jijiklah hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut yang lain daripada-Nya, mereka dengan serta merta riang gembira". [al-Zumar 39: 45].
•Mereka ini tidak lebih dari para penganjur kerosakan, lantaran titah perintah Allah seluruhnya membawa kepada kebaikan sedang berpaling daripada-Nya mengundang kerosakan.

•Pemikiran madiyyah hanya menghargai dan menilai aspek-aspek benda sahaja dalam kehidupan manusia, maka pemikiran sebegini hanya menghitung sesuatu yang diketahui wujud ialah yang berupa benda yang dapat dirasa, diuji dan dicerapi ciri-cirinya.
•Adapun janji-janji yang Allah sebutkan dalam al-Quran tidak menjadi keyakinan mereka lantaran bersifat ghaib dan tidak boleh terbukti kebenarannya.

•Pemikiran kebendaan pada hakikatnya mengingkari wujud Allah [walaupun pada dasarnya tawhid Rububiyyah diakui oleh mereka] kerana tidak dapat dicerapi oleh pancaindera.
•Oleh kerana agama memperkatakan tentang Allah, sedang Allah tidak dapat dicerapi pancaindera, dan memperkatakan tentang ciri-ciri jiwa, roh atau akal, sedang ciri-ciri ini tidak kelihatan, maka pemikiran kebendaan menolak agama dan mensifatkannya sebagai kepercayaan tahyul, ketinggalan zaman, tipuan dan tidak berpijak di alam nyata.

•Bagaimanapun pada masa yang sama bagi mengabui mata umat Islam mereka beraksi sebagai orang yang percayakan Tuhan dengan mempamerkan amalan-amalan keagamaan.
•Dari pemikiran kebendaan inilah lahirnya teori sosial, iaitu pemikiran kebendaan dalam menafsirkan sejarah, satu teori yang mengangkat ekonomi sebagai satu-satunya faktor asasi dalam kehidupan manusia.

•Mereka memandang harta sebagai satu faktor yang unggul dalam menentukan bentuk pemikiran manusia dan masyarakat. Atas dasar inilah pemburuan kepada sumber kekayaan dunia menjadi matlamat utama tanpa mengambil kira halal maupun haram.
•Orang yang beriman kepada kebendaan dan faedah-faedah benda sahaja tidak akan beriman kepada nilai kemanusiaan yang luhur; nilai persaudaraan, nilai kerjasama, kebaktian dan saling memahami perasaan orang lain lagi bertimbang-rasa dalam semua perkara.

•Mereka hanya beriman kepada kekayaan dan pertentangan dalam masyarakat bagi merebut kemewahan dan menimbun kekayaan semata.
•Mereka adalah manusia tamak, haloba, pementing diri sendiri. Ia akan menjadi konco-konco hipokrit, oporcunis dan kelompok musyrikin. Ia bekerja untuk faedah kebendaan atau kerana takutkan ancaman kebendaan.

•Ia tidak akan bekerja lebih atau dengan baik tanpa dorongan faedah benda. Ia akan malas bila ditarik faedah kebendaan itu dan akan terus cuai bila tidak dikawal ketat; akan mengabaikan tanggungjawab sebaik sahaja kawalan rapi kerja mereka tidak dilaksanakan dengan tegas.
•Manusia kebendaan tidak mengenal adanya sesuatu batas yang tidak boleh dilampauinya dalam memenuhi kehendak-kehendak nafsunya. Ia tidak berpada dengan tercapainya sesuatu hajatnya, malah ia sentiasa menuntut yang lebih lagi. Ia sama sahaja seperti anjing yang tidak pernah puas dan tidak pernah tenang di sepanjang hidupnya

•"Dan bacakanlah kepada mereka [wahai Muhammad], khabar seorang yang Kami berikan kepadanya [pengetahuan mengenai] ayat-ayat [Kitab] Kami. Kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikut oleh syaitan, maka menjadilah ia dari kalangan orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan [sebab mengamalkan] ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir". [al-A`raf/7: 175-176].

2. Takut Kepada Islam
•Islam adalah cara hidup keselamatan yang datangnya dari Pencipta alam dan manusia seluruhnya. Dia Maha Tahu apa yang terbaik dan paling baik untuk manusia ciptaan-Nya. Lojiknya bila manusia itu menyedari hakikat ini tentulah ia akan berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bentuknya untuk merealisasikan Islam ini kerana yakin dengan apa yang Allah nyatakan.

•Malangnya kini terdapat segolongan orang yang bernama Islam takut kepada Islam. Dalam apa jua tindakan dan usaha mereka segalanya terarah kepada menafi, menolak dan menidakkan aspek-aspek keislaman dari dijadikan satu sistem dalam kehidupan.
•Memang anih, jiwa mereka ini begitu bosan bila disebut hukum-hukum Allah, peraturan Allah dan perundangan Islam atau pun negara Islam, tegasnya apa jua daripada aspek-aspek keislaman, timbul ketidak-senangan pada jiwa mereka. Mereka begitu irihati bila melihat benih-benih pemikiran Islam tumbuh di hati kaum Muslimin.


•Mereka amat benci kepada Muslim yang iltizam [komited] atau yang cuba kembali kepada ajaran Allah sebenar.
•Pada masa yang sama pula mereka begitu gigih memperjuangkan dan melaungkan slogan kebangsaan Arab, wataniyyah Arab dan seumpamanya [semuanya itu sebenarnya bukan di atas dasar Islam meskipun mereka mendakwanya sebagai Islam].

•Golongan ini begitu senang mengesan dan mengintip para pendakwah Islam yang ingin menegakkan Islam.
•Golongan ini juga sentiasa mengekori para ulama yang benar, mengawasi pergerakan mereka dan memasukkan mereka ke dalam penjara atas tuduhan [sebenarnya fitnah] perpecahan umat, ajaran sesat, fanatik dan sebagainya lagi dari rekaan palsu yang mereka sengaja ada-adakan.

•Para ulama yang sebenar ialah mereka yang memiliki keikhlasan hati; menghendaki agar umat manusia menjadi orang yang baik, berkasih sayang sesama manusia dan menghormati hak-hak asasinya.
•Tegasnya adalah menjadi sifat ulama yang benar lagi dimanfaatkan Allah ilmunya itu ialah mereka yang menyuarakan apa yang diketahuinya dari ilmu agama tanpa merasa gerun takut kepada sesiapa pun.

•Anihnya golongan yang takut kepada Islam ini begitu beriya-iya menjaja pemikiran import dan ideologi kuffar.
•Mereka mahu menyalakan keburukan dalam masyarakat dengan sampah-sampah pemikiran kotor manusia dan berselindung di belakang tabir kepura-puraan sambil menggemakan laungan slogan keamanan, pembaikan dan islah.

•Pemikiran yang bertoksid ini takut kepada Islam, tetapi pada masa yang sama memakai nama-nama Islam. Pertanyaan yang timbul di benak kita kini ialah mengapa mereka takut kepada Islam dan bersikap memusuhi Islam?.
•Inilah realiti pemikiran beracun yang sentiasa merasa takut dengan Islam. Islam sentiasa menghantui dirinya. Alangkah sempitnya bila seseorang itu berpaling dari ajaran Islam. Benarlah Allah menyebut:

•"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan pertunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan yang buta". [Taha 20: 124].
•Sesungguhnya inilah warisan pemikiran beracun musyrikin yang bila mendengar sesuatu yang bersifat Islam mereka akan merasa meluat, muak dan seakan-akan muntah. Mereka sekali-kali tidak berselera dengan Islam malah ghairah dengan sesuatu yang tidak Islam!.

3. Cemuhan Terhadap Islam
•Sifat ini merupakan lanjutan dari fikrah madiyyah dan perasaan takut serta benci kepada Islam seperti yang telah dijelaskan sebelumnya. Hasil dari perasaan benci, takut dan bimbang dengan Islam akibat fikiran mereka diracuni oleh musuh-musuh Islam lahirlah dari tindakannya mencemuh Islam. Alangkah sukarnya para ilmuan yang benar ingin membersihkan imej ini dari berterusan

•Ia samalah seperti seseorang yang pada zaman kanak-kanaknya dimomokkan oleh ibu bapanya dan teman-temannya bahawa polis itu kerjanya menangkap orang dan menyaman serta memasukkan orang ke dalam penjara.
• Akibat dari momokan itu jiwa si anak tersebut membesar dan memberikan satu tanggapan yang serong terhadap polis. Justeru apabila melihat sahaja polis ia akan mencela, memaki hamun dan sebagainya dari cemuhan. Sedang hakikatnya tidak demikian.

•Alangkah sukarnya mengikis pemikiran ini sehingga kempen-kempen seperti 'rakan polis', 'sedia berkhidmat' dan sebagainya terpaksa dilancarkan.
•Begitulah juga umat Islam yang fikirannya diracuni oleh para syaitan manusia ini sehingga mereka mencemuh Islam yang suci murni.


•Tamsilan yang dibuat oleh Anwar al-Jundi dalam aspek ini begitu menarik untuk dijadikan perbincangan. Beliau menulis:
•"Para mujadid [pembaharu] kerap kali menyuarakan berkenaan pembunuhan-pembunuhan yang dilakukan ke atas umat Islam dan telah memberikan perhatian serius kepada perkara itu, tetapi amat jarang benar mereka memberi perhatian kepada senjata yang digunakan untuk pembunuhan itu,

•padahal adalah lebih wajar bagi mereka berusaha mencabutnya terlebih dahulu daripada tubuh orang Islam, sebelum mengubati tempat yang berlumuran darah, kerana tanpa berbuat demikian maka segala usaha untuk memperbaiki, memperbetulkan keadaan atau mengubati penyakit tidak akan berhasil, di samping itu darah tetap akan mengalir.

•Tiap sesuatu pekerjaan hendaklah bertolak dari titik permulaannya. Di sinilah terbenamnya keris, mengikut hemat dan keyakinan saya, juga kebanyakan mereka yang mengkaji tentang gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran [al-ghazwu al-fikri] bahawa pendidikan, kebudayaan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya adalah merupakan keris beracun yang terbenam di dalam jasad orang Islam dan menyebabkannya sentiasa berdarah.

•Penjajah sungguh bijak bilamana mereka memulakan gerakan memerangi orang Islam dan Arab di sekolah-sekolah melalui kurikulum, missionary dan juga penguasaan kepada alat-alat pembelajaran...".
•Ini jelas dilakukan di India sepertimana yang dipetik oleh Khurshid Ahmad dalam ungkapan yang disebut oleh Lord Macaulay perancang pendidikan British di tanah jajahan:

•"We must do our best to form a class who may be interpreters between us and the million whom we govern - a class of person Indians in blood and colour, but English in taste, in opinion, in morals and in intelect".
•[Kita mesti laksanakan sebaik mungkin untuk mencorakkan satu lapisan orang yang boleh menjadi jurucakap antara kita dan ribuan orang yang kita perintah – satu lapisan masyarakat yang darah dan warna kulitnya India, tetapi bercitarasakan Inggeris dalam fahaman, moral dan pemikiran].

•Atau sepertimana kata W.W. Hunter yang telah mengkaji hasil dari perubahan sistem pendidikan yang mampu merobah pemikiran:
•"The truth is that our system of public instruction is opposed to the traditions, unsuited to the requirements and hateful of the religion of the Musalmans".
•[Nyatalah bahawa sistem kita terhadap arahan-arahan awam bertentangan dengan tradisi, tidak cocok untuk keperluan-keperluan dan membenci agama yang dianut oleh Muslim].

•Demikianlah terbinanya corak generasi hasil daripada corak pendidikan yang dicelup dengan celupan warna pemikiran Barat.
•Untuk melihat betapa tenatnya hakikat ini sekali lagi kita menjemput Anwar al-Jundi agar memberikan komentarnya:

•"Andainya terdapat di kalangan orang Islam segolongan yang mencemuh undang-undang syarak dan mengkesampingkannya daripada masyarakat, maka tindakan tersebut adalah berpunca dari keris beracun ini yang terbenam begitu mendalam di tubuh mereka. Andainya orang Islam mencemuh undang-undang syarak dan tidak mahu melaksanakannya dalam masyarakat mereka dan sebagai alternatifnya mereka menukarkannya dengan undang-undang ciptaan manusia, maka sikap tersebut adalah berpunca daripada pendidikan yang telah melahirkan generasi yang sanggup mencemuh undang-undang syarak dan beriman dengan keluhuran undang-undang Napoleon".

•Inilah bahaya yang jelas akibat daripada kesan tikaman keris beracun ke atas umat Islam dan telah menghasilkan darah beracun lalu menjalar kepada akal fikiran mereka.
•Perlu dinyatakan bahawa jiwa keislaman yang dipupuk melalui kebudayaan Islam yang bertunjangkan al-Quran dan Sunnah telah kian merosot di rumah-rumah orang Islam di seluruh negara umat Islam, dan tidak berupaya membentuk generasi baru.

•Mereka mengirim anak-anak mereka yang masih rebung dan kekosongan dalam jiwa dan fikiran mereka; di samping tidak diperkenalkan kepada mereka konsep Islam secara menyeluruh di sekolah.
•Di sana mereka terdedah kepada pendapat yang menggambarkan idea-idea barat dalam bentuk akidah, maka jiwanya mulai terpaut kepada sejarah bangsa asing dan dengan secara otomatik bahasa mereka juga diberi sanjungan.

•Mereka disogok dengan ilmu-ilmu seperti sains, ekonomi, undang-undang dan ilmu kemasyarakatan yang lahir dalam masyarakat asing, atas dasar bahawa ilmu tersebut merupakan pemikiran yang maju dalam tamadun manusia sejagat.
•Pendekatan yang diberikan terhadap ilmu tersebut menyimpang dari tasawwur alam Islami dan bersifat kebaratan yang mulhid.


•Masalah ini merupakan masalah utama yang menjadi cabaran besar kepada orang Islam di seluruh tempat waktu ini.
•Perkara ini merupakan punca kepada masalah dan krisis kerana dalam jarak masa yang panjang gerombolan Zionis, Penjajah dan Kominis berjaya melaksanakan cita-cita mereka berpeluang menerapkan ideologi [pemikiran] tersebut ke dalam fikiran dan jiwa orang Islam, serta memesongkan pandangan mereka daripada ruang lingkup pengajaran Islam yang flexible, sederhana, lengkap dalam lingkungan pemikiran barat yang tertutup lagi kejam.

KESIMPULAN
•Sesungguhnya kalangan umat Islam yang meneguk pemikiran beracun inilah yang menjadi halangan terbesar kepada umat Islam ke arah perlaksanaan cara hidup Islam dalam ertikata Islam sebagai agama dan negara atau dalam ungkapan yang lain Islam sebagai satu cara hidup yang syumul.

•Golongan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai berpengaruh dalam masyarakat.
• Mereka dengan kejahilan dan ketidak-insafan mereka telah meletakkan Islam di bawah telunjuk mereka dan sekali-kali tidak ingin mengikut arahan-arahan Islam.
•Adalah menjadi kewajipan terbesar kepada umat Islam yang sedar mempertingkatkan iltizam mereka dengan Islam bagi mengembalikan semula kemurnian pemikiran Islam agar Islam kembali berdaulat sebagai agama penyelamat manusia dunia dan akhirat.

والـســـلام عـلـيــكــم ورحــمــة اللــه وبــركــاتــة
واللــه أعــلــم بـالــصــواب

Dinukilkan oleh,
abuislam

KAMPUS YaNG DIJAHANAMKAN OLEH KEMUNGKARAN AKAN MENANTI BALA DARI ALLAH SWT



Kebodohan segelintir umat Islam yang ada di kampus pada hari ini pastinya akan membawa malapetaka yang datangnya dari Allah SWT. Ini disebabkan ada segelintir pihak yang masih lagi tidak berpuas hati dengan kemenangan golongan Islam di kebanyakkan kampus hari ini. Mereka masih lagi tidak memahami hakikat sebenar mengapa dan kenapa mereka ini menganuti Islam, dan mereka ini pastinya telahpun menjadikan ideologi sekularisme sebagai agama mereka??? Sehinggakan mereka masih tergamak untuk cuba merancang strategi menghancurkan golongan Islam di semua kampus. Firman Allah swt;

“Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”(Ali Imran:85)

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan yang lain dari Islam kerana jalan-jalan yang lain itu mencerai beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa.”
(Al-An’am:153)

“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, bererti ia dari goongan mereka” (Hadis Nabi)

Penelitian daripada hadis di atas, jelas menggambarkan kepada kita bahawa peniruan dari segi ideologi dan fahaman yang bercanggah dengan Islam sebagai contoh cara berfikir secara sekular,liberalime, meniru pakaian yang non-muslim (pakaian agama), dan pekara yang tidak membawa faedah kepada perkembangan Islam adalah ditolak dan ianya termasuk daripada golongan rersebut.

Syeikh Ibnu Utsaimin dalam Fatwa Al-Aqidah halaman 255-256 ada menukilkan bahawa perkara yang tidak membawa faedah dan manfaat kepada agama Islam terutamanya dari segi penggunaan produk,tradisi dan ibadah maka semuanya ini adalah ditolak.

Saidina Umar Al-Khattab pernah memperingati kaum muslimin ketika pembukaan Baitul Muqaddas, beliau menyebutkan “Barangsiapa yang mengambil agama selain daripada agama Islam maka semuanya ditolak oleh Allah SWT”.

Bagi saya, mereka ini telah menjadi pendusta kepada kalimah syahadah yang mereka ucapkan di setiap waktu solat, dan mereka ini juga tergolong daripada golongan yang memperolok-olokan dan mempermainkan ayat-ayat Allah swt. Tidak keterlaluan juga sekiranya saya menyatakan bahawa mereka ini juga adalah perancang dan pemikir kepada kemusnahan agama sepertimana yang diinginkan oleh golongan yahudi dan golongan nasrani yang mereka ini juga ingin menyekat golongan Islam di seluruh dunia sehinggalah mereka betul-betul mengubah cara hidup mereka sepertimana yang dimahukan oleh mereka. Firman Allah swt yang bermaksud;

“Orang-orang Yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka.”(Al-Baqarah:120)

“(Umat Islam di akhir zaman) akan mengikuti sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, selangkah demi selangkah sehinggalah mereka masuk ke lubang biawak pun mereka akan ikut serta” (Hadis Nabi)

Dalil ini cukup jelas bagi menerangkan kepada seluruh kaum muslimin betapa jahatnya dan durjananya perancangan mereka dan strategi yang diatur oleh mereka. Tetapi malang ada juga manusia jahil dan bodoh yang mahu mengikut jejak langkah kaum yahudi dan nasrani laknatullah (pihak tertentu di dalam kampus yang menentang Islam).

Semua umat Islam di seluruh kampus perlu sedar bahawa betapa jahanamnya kampus kita pada hari ini apabila ada pihak yang masih lagi bernafsu hamarah dan jahil mahukan hiburan yang membantutkan minda mahasiswa dibuat di dalam kampus dan ini adalah sebahagian strategi mereka untuk menumpulkan kefahaman mahasiswa terhadap ilmu Islam dan cara hidup Islam yang sebenar. Bukan sahaja, mereka hendak menumpulkan idealis mahasiswa namun mereka juga menginginkan suasana Islam dihapuskan di semua kampus. Mereka ini sama dengan sifat orang Yahudi laknatullah!!! Semua perbuatan mereka ini akan dirakamkan oleh Allah di akhirat kelak dan mereka ini sebenarnya tidak tahu bahawa mereka telah lari daripada ajaran Islam yang sebenar. Kejahanaman kampus yang disaluti oleh kemungkaran pastinya mengundang bala Allah swt, walaupun bala yang diturunkan tidak secara langsung tetapi bala ini akan diturun secara beransur-ansur agar manusia mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Saya teringat kejadian mala petaka TSUNAMI yang menggemparkan dunia sehinggakan berjuta-juta orang terkorban akibat kejadian TSUNAMI ini. Sudah cukuplah bencana ini mengingatkan kepada kita bahawa banyakknya kemungkaran yang dilakukan oleh umat manusia di atas kejahilan mereka terhadap agama Allah swt. Kejadian TSUNAMI ini juga tidak mustahil akan berulang sekali lagi tetapi mungkin dalam bentuk yang lain wallahu’alam. SEDARLAH KITA!!!

Rejim tahghut universiti yang lebih dikenali sebagai rejim penentang sinar Islam di dalam kampus amat membahaya kepada seluruh masyarakat kampus kerana dibimbangi kerana pemikiran dan ideologi yang dianuti mereka ini mampu memesongkan aqidah mahasiswa Islam kampus. Oleh sebab itulah, kita perlu berhati-hati dengan golongan ini dan sebaik-baiknya kita kita cuba sedaya upaya untuk mengingkari pemikiran dan perbuatan mereka yang boleh menjerumuskan kita semua ke dalam lembah maksiat dan sesat! Jadikanlah hujjah al-Quran sebagai panduan kita dan menjadi penawar kepada golongan yang menentang Islam ini. Firman Allah swt;

“Katakanlah: Inilah jalan (agamaku), aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musurik.”(Yusuf:108)

Akhir kalam dalam penulisan ringkas ini, saya menyeru kepada seluruh penggerak kepada perjuangan Islam di seluruh kampus agar teruskan perjuangan Islam ini agar cahaya jahiliah kampus ini mampu dihapuskan dan dilenyapkan kerana segala amalan dan titik peluh inilah akan menjadi saksi di hadapan Allah swt kelak nanti. Semua ini akan dipersoalkan! Yang pastinya di padang masyar akan ada pengasingan di antara yang Islam, kafir, dan munafiq (golongan yang mengaku dia adalah Islam tapi menentang Islam secara tersembunyi). Jihad wajib di jalankan dan dihidupkan di seluruh kampus, semoga Allah swt memberi kemenangan kepada Islam secara total. Allahuakbar.

Penulisanku ini dibuat ketika menunggunya waktu subuh, sehinggakan setiap hari pemikiranku aku perahkan bagi memberi sumbangan terhadap Islam. Mataku yang lekang menghadap kaca komputer dan tanganku yang letih dengan taipan komputer, semoga selepas ini ada penyambung kepada tulisanku bagi memberikan roh Islam kepada setiap jiwa muslim yang ada dikampus. Aku teringat janji nabi SAW bahawa dua jenis mata yang tidak akan dibakar di akhirat kelak iaitu, mata yang sentiasa menangiskan kenangan dosanya yang lalu (kerana takutkan Allah) dan mata yang sentiasa berjaga di dalam medan jihad (mata yang sentiasa tidak tidur dalam memikirkan umat).


Ditulis oleh,

Abu Islam.
al-qardhawi.blogspot.com
http://www.abuislam.multiply.com/






Saturday, October 20, 2007

MAZA, SHAHIDAN KASIM DAN GAGASAN SUNNAH : UMPAMA HARAPKAN KUCING JAGA IKAN



Usaha hendak menghidupkan sunnah dari semua sudut, samada dari sudut Aqidah, syariah dan akhlak merupakan perkara yang baik dan mesti di puji. Dalam usaha hendak menghidupkan sunnah, perlu kepada usaha yang kuat, disamping perlu kepada perincian ilmu dalam memastikan usaha tersebut tidak melahirkan natijah yang bersifat fitnah kepada Islam, disamping dapat menyokong untuk menguatkan Islam itu sendiri.Tindakan Mufti Perlis yang hendak mewujudkan gagasan sunnah secara pandangan zahirnya adalah sesuatu yang baik. Itupun sekiranya matlamat penubuhan itu diasaskan kepada usaha bersama-sama dalam mendaulatkan islam di Malaysia.Firman Allah;وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِMaksudnya;“dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.”(Surah Al-Maidah : 2)
tetapi apa yang membimbangkan, gagasan itu melantik seorang yang dikatakan sebagai “bapa UMNO Perlis” yang merupakan “bapa fahaman secular Perlis” untuk dijadikan sebagai Penaung.Begitujuga, tindakan mewujudkan gagasan itu sudah nampak seakan-akan mahu mewujudkan “manik-manik” perpecahan. Ini dibuktikan dengan kenyataan Mufti Perlis dalam “bernama”, yang ianya seperti berikut;“Ditanya sama ada gagasan itu akan bertindih peranan dan fungsinya dengan Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Dr Mohd Asri berkata, gagasan itu akan memberi tumpuan kepada Sunnah Wal Jamaah, iaitu mengikut ajaran al-Quran dan sunah Nabi Muhammad. "Kalau Persatuan Ulamak Malaysia dianggotai oleh semua orang yang dilihat mempunyai kecenderongan agama tetapi gagasan ini hanya dianggotai oleh mereka yang mempunyai kepakaran dan tahap akademik yang tinggi," katanya[1]”Apa yang memelikkan dari kenyataan mufti perlis ini adalah, seakan-akan beliau menganggap PUM adalah sebuah gagasan yang tidak berasaskan kepada kandungan Al-Quran dan As-sunnah, yang disebabkan itulah beliau menubuhkan gagasan ulama Sunnah wa Jamaah itu. Adakah begitu???PERPECAHAN BUKAN KHILAFKhilaf dikalangan ulama adalah sesuatu yang diizinkan oleh Islam. ini adalah kerana, perbezaan pendapat dalam mengeluarkan hukum merupakan perkara yang biasa, selama sandaran terhadap itu bersifat zanni, samada zanni itu zanni ad-dilalah atau zanni as-subut.Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Abdullah yang berkata;نَادَى فِينَا رسول اللَّهِ (ص) انْصَرَفَ عن الْأَحْزَابِ أَنْ لَا يُصَلِّيَنَّ أَحَدٌ الظُّهْرَ إلا في بَنِي قُرَيْظَةَ فَتَخَوَّفَ نَاسٌ فَوْتَ الْوَقْتِ فَصَلَّوْا دُونَ بَنِي قُرَيْظَةَ وقال آخَرُونَ لَا نُصَلِّي إلا حَيْثُ أَمَرَنَا رسول اللَّهِ (ص) وَإِنْ فَاتَنَا الْوَقْتُ قال فما عَنَّفَ وَاحِدًا من الْفَرِيقَيْنِMaksudnya;“Rasulullah SAW menyeru kami ketika pulang dari Ahzab bahawa jangan ada seorang pun solat zohor melainkan di Bani Quraizah. Sebahagian manusia merasa bimbang luput waktu, lalu mereka menunaikan solat tanpa sampai di Bani Quraizah. Berkata sebahagian yang lain, kami tidak boleh solat melainkan Rasulullah SAW menyuruh kami lakukan, walaupun luput waktunya. Berkata (Abdullah), tiada memarahi (oleh Rasulullah SAW) akan satu dari dua puak itu[2]”Hadis ini menjadi dalil atas keizinan berlakunya khilaf ulama dalam perkara yang berbentuk zanni dalam pemahaman nas.Adapun mewujudkan perpecahan merupakan perkara yang haram. Keharaman ini adalah disandarkan kepada firman Allah;وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُواMaksudnya;“dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai”(Surah Al-Imran : 103)Firman Allah lagi;وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْMaksudnya;“46. dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu”(Surah Al-Anfal : 46)Sabda Nabi SAW;لَا تَخْتَلِفُوا فإن من كان قَبْلَكُمْ اخْتَلَفُوا فَهَلَكُواMaksudnya;“Jangan kamu berselisih, maka sesungguhnya mereka sebelum dari kamu telah berselisih, lalu mereka binasa[3]”Mewujudkan satu gagasan dengan tujuan menghidupkan sunnah, sedangkan disana sudah terdapat gagasan seperti PUM dan sebagainya, merupakan tindakan yang haram, kerana dengannya akan melahirkan perpecahan umat dalam beragama.Yang lebih menggambarkan kekeliruan dalam penubuhan gagasan itu adalah, ianya lebih bersifat kepada perbincangan yang bersifat khilafiyyah furiyyah dikalangan ulama.Ini dibuktikan dengan kenyataan Shahidan Kasim dalam bernama;“gagasan itu akan menjadi kumpulan pemikir dan pengkaji ke arah memastikan amalan harian dalam kerja-kerja ibadah dilakukan secara tulin dan tidak menyeleweng.”Melihat kepada kenyataan ini, secara “mafhumnya” dapat difahami, perbincangan mereka akan berkisar dalam perkara khilafiyyah furuiyyah yang telah diberdebatkan oleh ulama-ulama terdahulu, seperti perbincangan tentang talqin, tahlil, baca al-quran kepada si mati dan sebagainya.Apa yang pelik, apakah mereka ingin menyatakan, amalan-amalan khilafiyyah furuiyyah itu menyeleweng, sedangkan amalan-amalan tersebut sememangnya mempunyai sandaran nas Al-Quran dan As-Sunnah, cuma mungkin dilihat lemah dari pandangan mereka yang beraliran perlis ini.SHAHIDAN DAN ASRI YANG MERAGUKANJika di Pakistan, perpecahan yang melahirkan kelemahan perjuangan dalam mendaulatkan islam sudah berlaku. Antara punca kelemahan adalah lahirnya banyak gagasan-gagasan Islam. Di sana lahir gagasan yang dinamakan “Ghuraba”” yang membariskan mereka yang mendakwa beraliran “Salafi”. Persatuan “Sifah-e-sahabah” yang membariskan mereka yang bermazhab Hanafi dalam melawan Syiah dan berbagai-bagai lagi gagasan.Keadaan yang seakan-akan sama berlaku juga di Mesir dan di dunia-dunia arab yang lain. Apa yang pasti, kelahiran gagasan-gagasan ini menyebabkan perjuangan untuk mendaulatkan islam telah terbantut disebabkan perbincangan mereka tentang perkara khilafiyyah furu’iyyah yang sentiasa tidak berkesudahan.Keadaan yang sama juga sedang menyerang dikalangan umat Islam di Malaysia.Tindakan menubuhkan satu gagasan yang di ideakan oleh Dr Asri merupakan satu perkara yang “ada udang disebalik batu”. Ianya diragui lagi apabila ianya melantik Shahidan Kasim sebagai Penaung.Apa yang pasti, kedua-dua “hero” ini merupakan antara manusia yang sedang melancarkan serangan terhadap perjuangan mendaulatkan Islam di Malaysia yang berwadahkan PAS.Shahidan Kasim di masa pilihanraya Kecil Dun Pangkalan Pasir, Pasir Mas Kelantan yang lalu, dapat dilihat dengan “imej sunnah” telah pergi ke Kelantan untuk melakukan kempen menyokong parti secular syirik Barisan Nasional.Begitujuga, Dr Asri yang sehingga sekarang pun belum mengungkapkan ucapan maaf terhadap PAS secara terbuka setelah beliau telah melakukan tuduhan secara terbuka terhadap PAS dengan dakwaan PAS adalah parti yang menganut fahaman Syiah.
Maka dengan itu, tindakan mereka yang hendak menubuhkan gagasan ulama sunnah wa jamaah ini merupakan satu perkara yang diragui disamping kenyataan tersebut sangat-sangat berhampiran dengan musim pilihanraya umum ke 12.UMNO yang mengepalai Barisan Nasional seperti yang diketahui merupakan parti yang memerintah. Walaupun sudah 50 tahun mereka memerintah Negara, perkara yang sewajibkan mereka haramkan tidak dilakukan, disamping mereka banyak melakukan kemungkaran dalam pemerintahan.Amalan fasiq yang telah UMNO lakukan ini perlu di perhapuskan dalam pemerintahan. Tetapi, dengan penubuhan gagasan ini, seakan-akan mewujudkan satu perpecahan umat yang boleh melemahkan perjuangan mendaulatkan islam, disamping dapat menguatkan kekuatan UMNO. Tindakan sebegini hakikatnya adalah menutup peluang untuk memerintah berdasarkan agama.Firman Allah;وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًاMaksudnya;“61. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran Yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya Engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) Dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu”(Surah An-Nisa’ : 61)Walaupun Mufti Perlis menafikan hubungan gagasan ini dengan mana-mana parti politik di Negara, tetapi apa yang memelikkan adalah, mengapa ahli politik yang dilantik menjadi penaung, sedangkan disana terdapat ramai ahli-ahli akademik yang berpengalaman untuk dijadikan sebagai penaung, seperti Prof. Dr Mahmood Zuhdi dan sebagainya.Padaku, kenyataan menafikan penglibatan mana-mana parti politik dalam usaha penubuhan gagasan ini merupakan satu gimik untuk mengelabukan mata-mata rakyat yang beragama Islam di Negara ini.UMNO BUKAN AHLU AS-SUNNAH WA AL-JAMAAHDalam kenyataan Shahidan Kasim dalam bernama, beliau ada menyatakan;“Undang-undang tubuh negeri Perlis juga jelas menyatakan bahawa Sunnah Wal Jamaah menjadi pegangan bagi Muslimin di negeri itu.”Seperti yang diketahui, secara umumnya undang-undang negeri itu lebih tertakluk kepada undang-undang kerajaan pusat. Dalam buku “Perlembagaan dan Undang-undang Am” terbitan MDC Publishers Sdn Bhd, dalam Perkara 75 perlembagaan persekutuan menyatakan;“Jika mana-mana undang-undang negeri TIDAK SELARAS dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah MENGATASI undang-undang negeri dan undang-undang negeri itu adalah TIDAK SAH SETAKAT YANG TIDAK SELARAS ITU[4]”Adapun dalam buku “Perlembagaan Persekutuan” terbitan International Law Book Services” menyatakan dengan lafaz yang berbeza, tetapi kandungan makna yang sama, bahawa dalam perkara 75 perlembagaan persekutuan menyatakan;“Jika mana-mana undang-undang negeri ADALAH BERLAWANAN dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah DIPAKAI dan undang-undang negeri itu HENDAKLAH TERBATAL, SETAKAT MANA IANYA BERLAWANAN DENGAN UNDANG-UNDANG PERSEKTUAN ITU[5]”Ini dapat dibuktikan dengan keengganan kerajaan pusat memberi kerjasama dalam menyediakan polis, penjara, mahkamah dan sebagainya dalam usaha kerajaan Islam Kelantan yang mahu melaksanakan undang-undang Hudud, Qisas dan ta’zir di kelantan dalam awal 90 an dahulu.Seperti yang dimaklumi, perlembagaan Malaysia kita tidak boleh disamakan dengan perlembagaan islam.Memang tidak dinafikan, sebelum masuknya pengaruh kerajaan British, undang-undang asas atau undang-undang negeri ialah undang-undang islam bersama dengan adat melayu. Hal ini di akui sendiri Prof. Ahmad Ibrahim dalam satu tulisan beliau yang bertajuk “sekatan-sekatan dalam Pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia”, yang mana beliau menyatakan;“Dalam kes Ramah lwn Laton, Mahkamah Rayuan di Selangor telah memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang negeri dan Mahkamah hendaklah mengiktirafkan dan menggunakan undang-undang itu[6]”Pun begitu, keadaan ini telah berubah dengan masuknya pengaruh British ke negeri-negeri melayu. Raja-raja melayu telah membuat triti dengan pihak berkuasa British dan bersetuju menerima nasihat British dalam semua bidang kecuali agama Islam dan adat melayu.Perkataan “agama Islam” telah diberi tafsiran yang sempit dan “agama” itu dianggap sama seperti agama kristian. Dengan tafsiran ini pihak British telah dapat mempengaruhi bidang undang-undang di Malaysia, yang dianggap olehnya tidak berhubung dengan agama[7].Dengan keadaan itulah, apabila hakim-hakim menghadapi sesuatu masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui undang-undang bertulis, mereka kerap kali merujuk kepada undang-undang inggeris[8] kerana dalam undang-undang Malaysia, akta tafsiran dalam seksyen 117 menyatakan;“Dalam kes mana-mana konflik atau perbezaan di antara teks bahasa Inggeris undang-undang bertulis dan apa-apa tafsiran, maka teks Bahasa Inggeris hendaklah terpakai[9]”Dari hujjah ini, sudah memadai untuk dinyatakan, undang-undang Malaysia yang merupakan rujukan utama bagi negeri-negeri bukanlah bersumberkan kepada Islam, maka lebih-lebih lagi dengan dakwaan bahawa undang-undang Malaysia ini adalah Ahl As-Sunnah Wa Al-Jamaah.Yang lebih nyata lagi, undang-undang kufur ini telah menjadi dokongan dan sandaran utama oleh Pihak kerajaan Barisan Nasional yang UMNO merupakan ketuanya.UMNO dalam perlembagaannya dengan nyata mempertahankan perlembagaan Malaysia yang tidak berasaskan kepada Islam. Fasal 3, perkara 3.2 perlembagaan UMNO menyatakan;“Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan[10]”Dengan ini jelas, betapa UMNO yang merupakan anutan Shahidan Kasim telah berkitabkan kepada perlembagaan Malaysia yang tidak Islam. yang ini dengan nyata, UMNO bukanlah sebuah parti yang mendokong aqidah Ahl As-Sunnah Wa Al-Jamaah, tetapi parti secular yang berasaskan kepada fahaman “agama suku, politik suku”.PENUTUPMenggunakan kalimah Islam dan “berbau Islam”, seperti perjuangan Sunnah, Salaf as-soleh, Islam Hadhari dan sebagainya bagi melambatkan perjuangan untuk mendaulatkan islam merupakan perkara yang sudah lama berlaku dalam sejarah islam. Perkara ini dinyatakan oleh Allah dalam Firman-Nya;وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِMaksudnya;“dan di antara manusia ada orang Yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan Engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah Dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa Yang ada Dalam hatinya, padahal ia adalah orang Yang amat keras permusuhannya (kepadamu)”(Surah Al-Baqarah : 204)Walaupun ayat ini asalnya diturunkan berkenaan dengan seorang yang mendakwa Islam bernama Al-Akhnas bin As-Syariq As-Saqafi yang mahu memperdaya Rasulullah SAW[11], tetapi ianya pada hakikat sedang berlaku kepada umat Islam keseluruh alam zaman ke zaman dalam memperdaya umat Islam agar tidak menjadikan islam sebagai agama yang memerintah.Dalam keadaan itulah, hendaklah umat Islam berhati-hati dengan agenda licik dan berstrategi bagi melambatkan kemenangan islam disamping tidak terpedaya dengan pemikiran yang merosakkan ini.SekianWallahu ‘Alam











GEMPUR MUSUH SAMPAI SYAHID


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum w.b.t. kepada sidang pembaca dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian. Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT, tuhan Maha Agung yang tidak pernah sesaat lalai memerhatikan kita. Selawat ke atas junjungan Nabi SAW, kaum keluarganya, para sahabat, para tabien dan para pejuang Islam di sepanjang zaman yang telah berjuang sehingga kita tersentuh dengan nikmat Iman dan nikmat Islam.

Abad demi abad, pastinya umat Islam akan digemparkan dengan ujian Allah SWT yang cukup dahsyat daripada musuh-musuh Allah SWT yang tidak pernah lekang daripada penat lelah untuk menghancur lumatkan umat Islam dan Agama Islam yang didokongi oleh tentera-tentera Muhammad SAW hari ini. Umat Islam hari ini diinjak-injak, dihina, dipermainkan, diperkudakan dan dipersendakan oleh musuh-mush Islam yang di mana musuh Islam ini juga ada sebahagiannya terdiri daripada umat Islam sendiri (munafiq), namun pelik strategi golongan munafiq ini, tidak dapat dikesan oleh umat Islam itu sendiri dan membuatkan umat Islam menjadi terkial-kial dan terpinga-pinga untuk mengetahui identiti sebenar diri mereka sebagai umat Islam yang terbaik sepertimana yang dirakamkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quranul Karim ;
“ Kamu adalah sebaik-baik umat yang dijadikan untuk menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah”

Berbalik pada tajuk “Gempur Sampai Syahid”. Tajuk ini dipilih khas bagi membilas pemikiran dan pandangan berkenaan situasi kampus hari ini yang di mana kita semua mengetahui bahawa tentera-tentera Badar Al-Kubra Kampus akan digempur oleh musuh-musuh Islam yang kini dan selamanya selalu sahaja menyimpan dendam kepada jundi-jundi Islam yang suaranya dilaungkan bagi meniup semboyan cintakan syahid di jalan Allah SWT. Walaupun jundi-jundi ini ditekan dari segi pemikiran, namun mereka ini tidak pernah gentar dan mengalah dengan ugutan murahan yang ditaburkan oleh pihak-pihak tertentu yang kurang kesedaran berkenaan demokrasi kampus!!! Ugutan-ugutan ini telahpun terjadi dan tersingkap sejak di zaman para Anbiya’ lagi, sehinggakan ada nabi yang dibunuh, disembelih, disikat dengan berus besi, digergaji kepala sehingga kakinya dan ada yang dibakar sehingga mati. Ini di antara ujutan yang Allah timpakan kepada para Anbiya’ untuk menguji sejauh mana iman para nabi ini. Persoalannya sekarang? Adakah ugutan-ugutan mereka ini sehingga ke tahap para anbiya’? Saya mengatakan tidak sama sekali. Oleh itulah wahai sahabatku, mengapakah kita perlu gentar dan rasa takut dengan rejim-rejim ini? Tidak ada sebab kita hendak takut dengan musuh-musuh Allah SWT, malahan kita kena berani dan sentiasa mengasah idealis kita bagi menangkis serangan-serangan dalam bentuk pemikiran.
Allah SWT berfirman;
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan kamu mengetahuinya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkankamu ke dalam Jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam Jannah’and. Itulah keberuntungan yang besar.”(Ash-Shaaf:10-13).

Ayat ini telah menjelaskan kepada kita, betapa beruntung bagi orang-orang yang menjualkan dirinya dan hartanya untuk perjuangan Islam bagi menengakkan Agama Allah SWT. Saya dan semua para pejuang amat merindui syurga yang telah dijanjikan oleh Allah SWT…

Gempur bukan bermakna kita kena mengangkat senjata dan membedil menggunakan senapang tetapi gempur yang dimaksudkan di sini ialah mengerahkan segala tenaga dan menyerahkan diri untuk berkorban dalam perjuangan Islam dan terpaksa membuang segala kesenangan duniawi bagi mengorbankan diri untuk mendamba ukhrawi. Di samping ingin menggempur musuh, jundi-jundi Islam perlu mempunyai kekuatan tarbiyyah ruhiyyah yang lahir daripada sanubari yang mampu menggoncangkan hati-hati musuh-musuh Islam dan sentiasa memberikan perhatian terhadap hati yang gersang daripada Tamrinul Qalbi (latihan hati). Dengan kekuatan inilah kita mampu mengulangi kembali kemenangan Islam di pelosok dunia sepertimana pembebasan Baitulmaqaddas oleh Saidina Umar Al-Khattab, Pembebasan Palestina daripada tentera salib oleh Sollehuddin Al-Ayubi dan banyak lagi sejarah yang menukilkan kisah perjuangan dan kemenangan Islam di abad yang lalu.

JANJI KAMI UNTUK MEMPERTAHANKAN SAHABAT KAMI DAN ISLAM

Allah Tuhan Kami,
Allah Matlamat Kami,
Al-Quran Panduan Kami,
As-Sunnah Ikutan kami,
Al-Jihad Jalan Kami,
Mati Syahid Cita-cita Tertinggi Kami,

Kami Tentera-tentera Muhammad,
Berjanji Untuk Mempertahankan Islam Dan Sahabat Kami,
Sekiranya Ada Apa-apa Berlaku Ke Atas Islam Dan Sahabat Kami,
Kami Sanggup Syahid Bersama Sahabat Kami,
Kami Tidak Akan Gentar Kepada Musuh Islam,
Malah Kami Akan Gempur Musuh Islam Sampai Syahid,
Ini Janji kami, Ini Janji Kami, Ini Janji Kami.



Akhir kalam, di dalam penulisan ringkas ini, saya menyeru kepada semua penggerak dan pendokong kepada Islam, ayuh marilah kita mendekatkan diri kepada Allah, jadikan sepuluh malam terakhir Ramadhan ini untuk kita menitiskan air mata dan menyerahkan darah kita untuk syahid di dalam perjuangan Islam, semoga Allah mendengar setiap rintihan kecil dari hamba-hambaNya yang menangis kerana takutkan Allah. Allahuakbar!!!


Dinukilkan oleh
AbuIslam

INDAHNYA KAMPUS DI BAWAH NAUNGAN ISLAM


Assalamu’alaikum w.b.t.

Saban tahun dunia kampus akan bersilih ganti pucuk kepimpinan, dalam tempoh masa setahun itulah mahasiswa akan dilatih untuk diasah bakatnya masing-masing dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pemilihan ini dibuat berdasarkan kecerdikan dan kebijaksanaan seseorang individu atau sesuatu kumpulan dalam hendak menguasai atau menjuarai isu kampus dan isu mahasiswa, sekiranya individu tersebut mampu untuk membawa perubahan kepada daya intelek mahasiswa maka amat mudah untuk meraih kemenangan dalam Pilihanraya Kampus. Cuba kita mengimbas kembali di zaman kegemilangan mahasiswa pada tahun 70an hingga 90an, rata-rata mahasiswa ketika itu mahukan perubahan yang drastic dan cuba mengubah suasana kampus yang ketika itu dipenuhi dengan unsur-unsur sekularisme dan librealisme kepada suasana Islam yang di mana sekiranya Islam memerintah kampus maka segala unsur-unsur kurang sihat ini akan dibuang. Bukan bermakna bila Islam memerintah, segala kebajikan orang bukan Islam akan terabai dan segala bentuk program non-muslim akan disekat dan ditolak tetapi Islam ada cara yang indah untuk mengatasi masalah ini. sebagai contoh, di zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w., Kota Madinah Al-Munawarah lebih dikenali sebagai kota yang mampu menghimpunkan masyarakat majmuk di dalamnya yang terdiri daripada berpuluh-puluh bangsa Yahudi, nasrani dan lain-lain. Pemerintahan Kota Madinah yang didasarkan dengan Islam mampu menjadikan hukum Islam (hukum Quran) diterima pakai oleh masyarakat majmuk Madinah. Tiada perbalahan berlaku tentang hukum ini kerana hukum Islam bersifat adil kepada semua masyarakat majmuk madinah. Sebagai contoh hukum potong tangan (mencuri) dilaksanakan untuk semua penduduk Madinah manakala hukum yang lain seperti zina, dan meminum khamar adalah untuk dilaksanakan diperingkat Umat Islam sahaja tetapi jikalau orang bukan Islam ingin mengamalkan hukum Islam dalam kehidupan mereka maka Islam membenarkan sekiranya mereka mengkehendakinya. Persoalannya adakah dengan adanya masyarakat majmuk yang ada di kampus mahupun Malaysia, hukum Islam tidak mampu dilaksanakan sedangkan Sirah An-Nabawi telah membuktikan masyarakat majmuk mampu untuk beramal dan berada di bawah naungan Islam.

Pemikiran mahasiswa sekarang ini belum merdeka lagi sekiranya mereka masih lagi beramal dengan pemikiran barat dan secular, lagi-lagilah pemikiran liberal. Pemikiran ini masih lagi di bawah naungan jahilliah moden yang masih bertapa di jiwa seorang mahasiswa. Pemikiran yang merdeka ialah mereka yang membersihkan segala pemikiran anasir-anasir luar dan mampu mengilap jiwa mereka dengan nur Islam. Barulah dikatakan jiwa yang merdeka.

Saya hendak membawa para pembaca sekalian untuk berfikir sejenak berkaitan dengan bagaimana model pemerintahan kampus bila Islam dinobatkan di dunia kampus kita hari ini. Di antara model ialah :

Apabila Islam memerintah kampus, mahasiswa akan diasah daya inteleknya dengan pemahaman Islam yang bersifat Rabaniyyah.
Apabila Islam memerintah kampus, golongan bukan Islam akan dijaga hak kebajikannya.
Apabila Islam memerintah kampus, segala bentuk maksiat/kemungkaran akan dihapuskan.
Apabila Islam memerintah kampus, suasana kampus akan disinari dengan program-program yang membentuk mahasiswa ke arah taqwa kepada Allah.
Apabila Islam memerintah kampus, mahasiswa mam[u menjadikan Islam sebagai ad-Din (cara hidup).
Apabila Islam memerintah kampus, akan lahirnya graduate yang beriman dan mampu berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Ini di antara model ringkas pemerintahan Islam di kampus yang boleh dijadikan garis panduan kepada semua mahasiswa. Sebenarnya banyak lagi model tetapi ini di antara model asas yang perlu ada dalam sesuatu pemerintahan Islam di kampus.

Dalam kesempatan ini juga, saya menyeru kepada semua mahasiswa agar cuba merenungi betapa indahnya Islam bila dijadikan system di semua IPT, dan system ini mampu membawa mahasiswa ke hadapan dan berfikiran mantang untuk menyelesaikan segala kerumitan isu nasional dan internasional yang dihadapi oleh Negara kita. Mahasiswa adalah agen perubahan kepada system kampus dan mahasiswa juga merupakan suara tajdid (pembaharuan) dalam masyarakat kita hari ini. Mahasiswa yang bijak ialah mahasiswa yang mampu membuat perubahan dan mampu mengubah system kampus yang secular kepada Islam. Itulah sebaik-baik mahasiswa!!! Sekian… Tulisan ringkas dan padat.


Ditulis oleh,
Abu Islam
MOHD AIRIL SYAH AL-QARDHAWI

PMI PEMBAWA PERUBAHAN

Assalamu’alaikum w.b.t.


Satu gagasan PMI yang amat mengerunkan dan mempunyai cita-cita yang besar untuk mengembalikan idealis mahasiswa di tempat yang sebenar. PMI yang dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa Islam, ditubuhkan di atas dasar kesedaran mahasiswa Islam terhadap tanggugjawab untuk memertabatkan Islam di kampus dan ke arah memperkasa mahasiswa intelek. Setiap kampus PMI mempunyai tema dan objektifnya yang tersendiri berdasarkan kesesuaian politik kampus yang dialami.

“PMI PEMBAWA PERUBAHAN”, gagasan ini muncul apabila golongan Aspirasi tidak lagi layak dan mampu untuk membawa perubahan terhadap intelek mahasiswa dan suasana kampus itu sendiri. Mengapa saya mengatakan Aspirasi tidak layak??? Kerana;

Aspirasi perancang kepada program-program maksiat kampus
Aspirasi perancang kepada pembantutan idealis mahasiswa.
Aspirasi merupakan boneka/patung kepada goongan tertentu.
Aspirasi dasar perjuangan adalah secular.
Aspirasi hanya berjuang untuk mendapatkan nama sahaja.
Aspirasi tidak ada hati untuk membela nasib umat.
Aspirasi adalah munafiq.
Aspirasi adalah golongan juhala dan pemungkir kepada amanah yang diberikan.
Aspirasi tolak Islam
Aspirasi adalah pengkhianat kepada Allah dan Rasul.

Kesepuluh-sepuluh ini adalah di antara kelemahan dan kepincangan dasar Aspirasi yang nampaknya mereka tidak sedar. Mahupun sekiranya mereka sedar, mereka hanya akan gelak,geli hati dan ketawa dengan kesepuluh-sepuluh kelemahan mereka. Semua ini ada kaitan dengan aqidah dan iman kita kepada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t bermaksud;
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, seangkan kamu mengetahu”.(Al-Anfal: 27)


“Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya.”(Al-Mu’minun: 8)

“Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”(Al-Ma’idah: 50)

“Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka selisihkan, kemudian mereka merasa keberatan hati dalam hati mereka terhaap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.”(An-Nisa,: 65)


Apabila saya meneliti dalil-dalil di atas memang tepat sekali terkena ke atas batang tengkuk golongan taghut Aspirasi ini. Oleh itu, mereka ini tidak layak untuk dijadikan pemimpin mahupun hendak memimpin.

Persatuan Mahahsiswa Islam merupakan satu wasilah kepada golongan intelektual Islam untuk melatih diri dalam berorganisasi dan mengasah bakat-bakat yang terpendam. Aspirasi ini kini dan selamanya hanya menggangap PMI adalah pembangkang kepada dasar universiti. Saya mengatakan tidak!!! Kepada tuduhan dan statement yang dikatakan oleh golongan Aspirasi. PMI adalah pembawa perubahan kepada suasana kampus dan mahu melahirkan Mahasiswa yang maju daya inteleknya, dan bukannya bantut sepertimana Aspirasi mahu lahirkan mahasiswa. Di antara mengapa saya mengatakan PMI adalah pembawa perubahan??? Kerana;

PMI mempunyai objektif untuk melahirkan mahasiswa kampus yang sihat akalnya dan mempunyai daya saing dari segi keintelektualan.
PMI hendak mewujudkan suasana soleh di dalam kampus.
Melahirkan mahasiswa beriman dan bertaqwa.
Melahirkan mahasiswa yang berjiwakan pemimpin
PMI mempunyai dasar perjuangan yang jelas iaitu membela nasib mahasiswa kampus.
Rujukan Al=Quran, Sunnah. Ijmak, Qias.
Memasyarakatkan PMI kepada orang bukan Islam.
Memayungi orang bukan Islam.

Ringkasnya, perubahan ini merupakan satu kayu pengukur kepada semua mahasiswa apabila sampai waktu pilihan raya dan mengubah kepimpinan yang begitu bobrok/korup. Saya optimis, Insya Allah pilihan raya akan datang mahasiswa mampu membuat perubahan dan menjadi pengundi yang bijak. Mengundi Aspirasi adalah HARAM!!!

PERINGATAN KEPADA GOLONGAN TAGHGUT ASPIRASI!!!

Assalamu’alaikum w.bt.

Lanjutan daripada artikel yang saya tulis “SIAPAKAH SEBENAR GOLONGAN TAGHUT UNIVERSITI DAN HUKUM MENYOKONG TAGHUT?”. Maka kali ini saya memperingatkan kepada golongan Aspirasi kali ini supaya menyuluh diri dan berfikir sejenak berkaitan maruah umat Islam masa kini terutamanya di kampus-kampus universiti. Gerakan kristianisasi amat hebat bergerak di setiap kampus pada hari ini, maka menjadi kewajiban kepada umat Islam untuk meniupkan semangat roh Islam di kampus-kampus yang dipelopori oleh golongan intelektual Islam. Oleh itu, masyarakat kampus perlu bersama-sama dengan Persatuan Mahasiswa Islam untuk membela maruah umat Islam dan melenyapkan taghut laknatullah!!!

Firman Allah s.w.t.
“Katakanlah, Inilah jalanku (agama Islam), aku dan orang-orang yang mengikuti mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata”. (surah Yusuf:108)

Sahabat-sahabat sekalian, bila mana kita berbicara mengenai soal taghut maka ianya amat berkait rapat dengan aqidah Islamiyyah seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah. Namun aqidah seseorang yang beriman mestilah bersih daripada unsur-unsur syirik dan menolak apa yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada kita. Ini kerana kewajiban yang Allah telah pikulkan kita selaku khalifah di muka ini, maka wajib untuk mentaati Allah dan menolak taghut(Aspirasi),

Firman Allah s,.w.t.
“Barang siapa yang mengkufuri taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali yang teguh yang tidak terurai lagi.”(surah al-Baqarah: 2:256)

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk menyeru mereka), Sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah taghut.”(suruh al-Nahl:16:36)

“Tidaklah engkau melihat (betapa kesesatan) orang-orang yang berkata bahawa mereka telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelumnya, pada hal mereka ingin berhakim taghut(Aspirasi) sedangkan mereka diperintahkan untuk mengkufuri taghut. Sebenarnya syaitan ingin menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.”(surah al-Nisa: 4:60)

Kesimpulan yang boleh saya buat melalui penelitian saya mengenai taghut universiti ini, walaupun mereka merupakan golongan intelektual yang beragama Islam namun di sana kita kena ingat bahawa ubudiyyah kita kepada Allah perlulah dipaksikan sepaksi-paksinya kepada Allah s.w.t. barangsiapa yang menjadikan taghut dan secular menjadi dasar rujukan dia, maka menjadi kafirlah dia…
Oleh itu saya, menyeru kepada semua mahasiswa, marilah kita bersama-sama menolak golongan Aspirasi ini dalam pilihan raya kampus akan datang kerana cukup jelas dalil yang sahih menunjukkan mereka ini patut ditolak dalam pilihan raya kampus akan datang. Wallahu’alam.

SIAPAKAH TAGHGUT UNIVERSITI!!!

Assalamu’alaikum w.bt.

Baru-baru ini saya terbaca dalam akhbar mahasiswa yang diterbitkan oleh golongan Aspirasi Universiti. Melalui penelitian yang saya buat setelah membaca akhbar mahasiswa tersebut, saya mendapati idea-idea yang yang dilontarkan melalui penulisan tersebut banyak menjurus kepada perkara-perkara yang menghentam dan memburuk-burukkan golongan yang menengakkan keadilan dan Islam di Universiti yang lebih dikenali sebagai propembangkang.

Bila saya selesai membaca akhbar tersebut, saya amat sedih dengan tulisan-tulisan yang hasil daripada golongan intelektual baru-baru ini, tetapi hakikatnya tulisan-tulisan tersebut penuh dengan kedurjanaan dan kebodohan seorang intelektual yang mengaku sebagai pembela mahasiswa kampus, dan pembela nasib mahasiswa yang dizalimi. Namun saya melihat di sini selama kepimpinan yang dipimpin oleh golongan Aspirasi di semua kampus, saya tidak melihat sebarang perubahan dan pembelaan kepada masyarakat kampus malah golongan Aspirasi ini berkerjasama untuk merosakkan akhlak mahasiswa kampus hari ini. Sebagai contoh, Majlis Malam Pra Graduan 2007, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh golongan Aspirasi semester yang lalu yang melibatkan pelajar-pelajar yang graduate pada tahun 2007 sememangnya malam tersebut penuh dengan maksiat dan campur baur di antara siswa dan siswi ketika majlis itu bermula dan persembahannya penuh dengan aksi-aksi yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang yang bergelar muslim. Ini menunjukkan kebodohan dan kebangsatan golongan Aspirasi yang jahil dan berpura-pura faham terhadap agama tetapi hakikatnya mereka adalah jahil dari sudut ilmu agama. Selain itu juga, saya terbaca dalam satu rencana pada akhbar yang sama yang mengatakan “Haramkah Muzik Di Sisi Agama”. Saya mengambil pandangan dari jumhur ulama’ yang mengatakan hukum bermuzik ini adalah Zanni (samara-samar). Namun masalah nyanyian yang disertai muzik, baik dengan alat mahu pun tanpa alat adalah suatu masalah yang sering dibahaskan sejak dulu di antara ulama’ fiqh, mereka mempunyai pandangan yang berbeza antara satu sama lain. Ada pun masalah yang disepakati oleh ulama’ iaitu lagu-lagu yang mengandungi lirik-lirik yang berbentuk maksiat, mangajak kepada maksiat, tidak sopan dan menganjurkan kemaksiatan seperti band, nyanyian yang memuja perempuan dan sebagainya. Maka setiap muzik yang bertentangan dengan peradaban Islam adalah haram!!! Apa lagi diiringi dengan muzik yang melampau.

Allah s.w.t berfirman ; “Dan di antara manusia (ada) orang yang menggunakan perkataan yang kosong (tidak berguna hanya sebagai mainan)…”(Surah al-Luqman)







Sebaiknya, bagi seorang muslim yang bersifat hati-hati perlu menjauhi perkara-perkara mungkar dan maksiat yang boleh menggelapkan hati kita semua, lagi-lagilah kita yang bergelar mahasiswa/intelektual wajib untuk menghidari maksiat yang ada dan yang akan mendatang. Saya amat berduka cita bila mana nas dan dalil yang digunakan dalam rencana tersebut lansung tidak kena pada tempatnya.
Allah s.w.t. berfirman; “Dan janganlah kamu mengikuti(buat) apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaranmu, pengelihatanmu, dan hati semuanya itu akan diminta pertanggungjawabkannya”.
(Surah al-Isra’ ayat 36)

. Saya mencabar penulis tersebut untuk memberikan hujah yang mengatakan program band itu diharuskan dalam Islam. Golongan Aspirasi ini kini dan selamanya hanyalah tahgut universiti yang menjadikan hawa nafsu sebagai dasar dalam membuat sesuatu perkara, lagi-lagilah bab-bab yang menyentuh agama Islam.

“SIAPAKAH TAGHUT SEBENAR UNIVERSITI“

Pengertian Taghut
Melalui pandangan ulama’ taghut bolehlah ditarifkan sebagai musuh-mush agama Allah dan perkara yang melampui batas.
Allah s.w.t. berfirman bermaksud; “Barangsiapa yang mengikari taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus”(Surah al-Baqarah: ayat 255)

Taghut sebenar adalah Aspirasi. Kenapa??.. Persoalan ini saya akan jawab berdasarkan dalil yang sahih.

Kenapakah Aspirasi adalah Taghut?
- Ini kerana Aspirasi tidak ada hati dan terfikir langsung untuk
mengsifarkan/menghapuskan maksiat/dosa di kampus.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
“Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika ia tidak boleh hendaklah mengubah dengan lidahnya dan jika tidak boleh hendaklah mengubah dengan hatinya, demikian itulah selemah-lemah iman”.

“Sesiapa yang menjihad mereka dengan tangannya maka dia adalah mu’min, sesiapa yang menjihad mereka dengan lidahnya maka adalah mu’min, sesiapa yang menjihad dengan hatinya maka dia adalah mu’min. Selain daripada itu tidak ada iman walaupun sebesar sebiji sawi”.








Sesungguhnya ahli-ahli fiqh bersepakat bahawa berdiam diri ke atas maksiat yang berlaku di hadapan mata adalah berdosa. Inginkan lagi bagi orang-orang yang membuat kemungkaran/dosa, sudah pasti hukumnya adalah haram lagi berdosa. A’uzubillahminzaliq…

.
– Ini kerana Aspirasi adalah pembantu-pembantu kepada kerja maksiat di kampus.
Allah s.w.t. berfirman bermaksud; “Dan hendaklah kamu bantu-membantu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam membuat dosa dan maksiat.(Surah al-Mai dah: ayat 2)

Kejahatan ini dapat dilihat apabila Aspirasi membantu dan bersetuju dengan program- program maksiat seperti band, tari-menari,konsert amal yang berunsurkan maksiat, hari siswi UPM 2007 yang memperagakan susuk tubuh sisw berlatarkan fesyeni dan banyak lagi yang saya tidak sebut di sini. Namun memang banyak program maksiat yang dibuat.

- Ini kerana Aspirasi bertopengkan orang soleh tapi hakikatnya adalah munafiq.
Allah s.w.t berfirman bermaksud;

“Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi/menyekat manusia dari jalan Allah, sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan”(Surah Munafiqun: ayat 3)

“Di antara manusia ada yang mengatakan, kami beriman kepada Allah dan hari kiamat padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman” (Surah al-Baqarah; ayat 8)

Mengapa Aspirasi adalah munafiq??? Kerana saya yakin golongan Aspirasi ini ramai yang menunaikan ibadah (sembahyang,zakat, dan ibadah nawafil). Tetapi sayang beribu sayang mereka ini walaupun menyembah Allah Yang Esa tetapi mereka ini juga adalah munafiq di sebalik pengabdian kepada Allah s.w.t. sebagai contoh mereka ini juga solat bersama kita. Berimankan mereka, bermakmumkan mereka apabila di solat di masjid dan surau-surau tetapi apabila keluar dari masjid (selepas mengabdikan diri kepada Allah) mereka akan bersama-sama dengan kelompok taghut untuk merancang untuk menentang tentera-tentera Allah.















- Ini kerana Aspirasi berfahaman sekularisme (memisahkan di antara agama dan cara
hidup seorang muslim)
Allah s.w.t. berfirman bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh(mematuhi syariat dan hokum-hukum Islam)dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaita, sesungguhnya syaitan adalah musuh kamu yang nyata”

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan yang lain dari Islam kerana jalan-jalan yang lain itu memecah beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu bertaqwa”.(Surah An’am: ayat 153)

Fahaman secular ini menular dalam gerakan Penentang kepada agama Allah kerana dasar dan pembawaan mereka adalah dasar yang memisahkan agama dan cara hidup seorang muslim. Bagi saya fahaman ini merupakn suatu wabak penyakit kepada golongan Aspirasi yang amat jauh dari petunjuk Allah s.w.t. Mereka ini juga adalah rantai penyambung kepada Bapa Kemodenan Turki iaitu Mustapa Kamal Al-Tartuk.

- Apakah Hukum Menyokong Taghut??
Haram!!! Kenapa? Ini berhubungkait dengan dalil-dalil yang saya utarakan di atas. Mereka ini sebenarnya adalah pelapis kepada perosak-perosak agama yang selalu sahaja mengatur strategi untuk menjatuhkan tentera-tentera Allah namun perancangan Allah lah yang paling baik dan berstrategik untuk melenyapkan musuh-musuhnya.

Akhir sekali, saya menyeru kepada semua mahasiswa marilah kita membuat perubahan untuk menggulingkan dan menjatuhkan golongan taghut ini kerana menentang kezaliman adalah wajib dilakukan kepada semua umat Islam. Tulisan ini adalah untuk menjawab beberapa perkara yang ada dalam Akhbar Mahasiswa terbitan 2007.


Pulihkan Demokrasi Kampus, Hapuskan Golongan Taghut Universiti!!!



Ditulis oleh,
Mohd Airil Syah Al-Qardhawi
abuislam.multiply.com
MAHASISWA PERINTIS KEBANGKITAN



Assalamu’alaikum w.b.t.
Sesungguhnya segala puji dan puja milik Allah s.w.t. ,Tuhan yang mengurniakan kita dengan nikmat yang paling tuntas, kita mohon kepadaNya daripada rasa kebergantungan kepada tahghut dan bermanis mukadengan jahiliah moden. Selawat dan salam buat Rasul junjungan yang telah menunjukkan kepada kita jalan jihad yang panjang ini, yang telah bermandi darah dan berkubang jerih memacu perjuangan kebangkita Islam ini menggema di seluruh belahan dunia ini.

Pembawa obor kebangkitan atau yang lebih dikenali sebagai mahasiswa merupakan satu aset yang cukup penting di dalam mencorakkan suasana kehidupan di alam kampus hari ini. Malahan mahasiswa juga merupakan pencorak kepada dasar Negara pada masa hadapan kelak. Mahasiswa juga rata-ratanya terdiri daripada golongan pemuda (syabab) yang mempunyai daya intelektual yang tinggi, pandangan yang bernas, dan tingkah laku yang boleh dicontohi oleh masyarakat umum. Sukarno, Mantan Presiden Indonesia pernah berkata ketika dahulu “Sekiranya aku diberikan sepuluh orang pemuda yang hebat intelektualnya maka akan aku gunakan pemuda tesebut untuk mengoncangkan dunia” Melalui penelitian saya berkaitan slogan ini, amat cukup jelas bahawa pemuda merupakan pencorak kepada kepimpinan masa akan datang tetapi dengan syarat, pemuda tersebut bukan sahaja perlu gagah berani, malah mesti hebat daya intelektualnya. Menurut Profesor Yusuf Al-Qardhawi, Presiden Ulama’ Antarabangsa ada menyebutkan “Sekiranya ingin melihat tamadun sesebuah Negara maka lihatlah anak mudanya, sekiranya baik akhlaknya maka baiklah tamadun itu, tetapi jikalau rosak anak muda itu maka rosaklah tamadun itu akan datang”.

Melihatkan corak politik kampus kita hari ini, mahasiswa perlu digerakkan minda dan intelektualnya bagi memberikan segala pandangan terhadap perubahan yang bakal dibuat dan dirintis. Namun di sana, kita perlu mengetahui bahawa tarbiyyah ruhiyyah (didikan dalaman) amat perlu kepada seluruh mahasiswa bagi memastikan perlaksanaan amalan gerak kerja Islami seiring dengan amalan individu. Di antara kekuatan dalaman yang perlu dibina melalui tarbiyyah ruhiyyah ialah :

Pastikan solat berjemaah dijaga setiap hari, terutamnya solat Isyak dan Subuh.
Hadis nabi s.a.w. yang bermaksud ;

“Dirikanlah sembahyang Subuh kerana ia lebih besar pahala untukmu”

“Sesiapa yang mendengar azan sembahyang, kemudian ia tidak mendatangi, maka tidak ada sembahyang baginya, kecuali uzur”
“Sesiapa yang suka untuk berjumpa dengan Allah pada hari esok(kiamat) dalam keadaan Islam, maka hendaklah menjaga sembahyang-senbahyangnya di mana ia diseur untuk mengerjaknnya”

Membiasakan diri untuk bangun malam (Qiamulail)
Hadis nabi s.a.w.bermaksud ;

“Hendaklah kamu berqiamulilkerana sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada Tuhanmu, menghapuskan keburukan, mencegah dari perbuatan dosa dan menghalau penyakit dari tubuh badan”

Sentiasa membaca al-Quran dan zikir kepada Allah.

Sentiasa komited dengan majlis ilmu agama.

Menajamkan pemikiran dengan membanyakkan membaca bahan ilmiah dan buku-buku yang berkonsepkan jihad, tasawuf, ibadah dan sebagainya.

Menjauhi segala bentuk bida’ah yang dholalah atau bida’ah tarkiyyah (amalan yang tiada nas dan dalil).

Mengkaji sirah perjuangan Rsulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.

Jadikan Ramadhan sebagai madrasah tarbiyyatun nafs(mendidik nafsu).

Pastikan cara hidup Islam berfungsi di dalam kehidupan kita seperti di kelas, kampus, kolej dan di tempat umum.

Jauhi dosa-dosa kecil yang berterusan dan jangan sekali-kali ingin membuat dosa besar.


Maka ini di antara amalan yang cukup penting di dalam membentuk peribadi dalaman seseorang muslim. Jadikan amalan di atas ini amalan wajib untuk diri-sendiri!

Perkara di atas amat berhubungkait dengan kemenjadiaan seseorang individu yang ingin menjadi perintis kebangkitan di kampus hari ini. Namun sekiranya amalan di atas tidak dijadikan amalan rutin harian wajib maka dikhuatiri mahasiswa kini akan mudah menjerumuskan dirinya ke lembah maksiat dan lemah daya fikirnya, lebih-lebih lagilah dalam hendak memikirkan masalah Ummah. Kebangkitan mahasiswa atau lebih dikenali sebagai aura mahasiswa perintis perubahan waqi (suasana Islami). Mahasiswa kini sepatutnya bangkit daripada lena yang cukup panjang, sudah cukuplah lena yang cukup panjang ini telah menyebabkan kebajikan mahasiswa dari segi Aqidah, Akhlak dan Ibadah menjadi runtuh dan rosak akibat tiada yang ingin bangkit untuk mengambil tahu nasib mahasiswa kita. Maka saya menyeru kepada semua mahasiswa agar bangkit pada hari ini untuk memperjuangkan nasib bangsa dan agama kita melalui saluran demokrasi kampus yang dibenarkan. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai satu medan muhassabah “BERAPA BANYAKKAH SUMBANGAN AKU UNTUK ISLAM SELAMA INI”. Amatlah rugi kalau ramadhan tahun ini sebagai bulan adat berpuasa sahaja yang bila sampai bulan puasa hanya menahan dahaga dan lapar semata-mata. Tetapi tidak mengetahui hikmah mengapa Allah mewajibkan puasa. Ramadhan juga merupakan bulan kebangkitan umat Islam ketika mana tentera muslimin bangkit berperang dengan puak kafir Quraish (Perang Badar Al-Kubra). Oleh itu, tidak mustahil ramadhan kali ini kita menjadikan sebagai bulan kebangkitan roh Islam di semua kampus dengan menyuburkan suasana kampus dengan suasana Islam.

Mahasiswa perlu menjadikan medan kampus sebagai satu latihan (work) bagi mengasah bakat dan daya fikir, bukannya hanya senyap membisu dengan tidak tahu apa-apa berkaitan isu semasa kampus terutamanya berkaitan masalah Akhlak mahasiswa hari ini. Study adalah penting tetapi alangkah baiknya jadikan berpolitik kampus sebagai perangsang kepada kemajuan akademik.

Jadikanlah Ramadhan tahun ini sebagai medan muhassabah segala amalan kita dan sekiranya sebelum ini kita kurang terlibat dalam program-program Islam maka selayaknya kita cuba memaksa diri untuk menghadirkan diri dalam segala bentuk program Islami yang dianjurkan oleh PERSATUAN MAHASISWA ISLAM (PMI).
Bantulah perjuangan ini wahai mahasiswa sekalian, jangan kita alpha kerana segala gerak-geri harian kita akan diperhitungkan oleh Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud ;
“Adakah kamu menyangka bahawa kamu dijadikan hanyalah mainan, dan tidak akan dikembalikan oleh Allah untuk dihitung dan dihisab”
(Surah Al-Mukminn ayat 115-118)

Maka memberikan komitmen dalam gerak kerja Islam adalah WAJIB! Amatlah besar pahalanya sekiranya kita mampu bersama-sama membuat perubahan suasana kampus agar lebih Islami dan segala sistemnya tunduk kepada sistem Allah s.w.t. Basahilah dirimu di bulan ramadhan ini dengan peluh-peluh gerak kerja Islam yang dilakukan kerana di syurga sana telah menanti hamba-hambaNya untuk syahid di jalan Allah s.w.t.

Kesimpulannya, saya tidak sabar lagi melihat roh dan cahaya Islam bersinar kembali di semua kampus dan saya amat optimis semua mahasiswa juga telah lama menunggunya, mudah-mudahan sinar Islam yang bersinar ini dapat menyinari sanubari dan melenyapkan system jahiliah yang telah ditanam oleh para penjajah laknatullah. MAHASISWA PERINTIS KEBANGKITAN.

Ditulis oleh,
Abu Islam
Mohd Airil Syah Al-Qardhawi.